Sunday, February 6, 2011

assalamualaikum....
salam 1 malaysia...


lama nye aku tak update blog nie..memang rindu giler2 kat blog aku yg *cute* nie..hihii..*perasan jap*..
akhirnye sebelum nak bertolak balik kelantan ni, boleh lar aku upload ckit2 apa yang patut kan...
banyak benda yang nak share sebenarnye...banyak benda yang berlaku dalam sehari-harian kan...hihi..
nanti balik kampung mesti tak boleh nak upload sangat blog kesayangan aku ni, sebab umah dekat ngan bukit, so line sume lari tak nak duk dekat ngan bb aku ni..huhuhu...
jadi...aku nak share sikit apa yang berlaku kat aku selama aku tak dapat online ni erk... jom kita redah!!!.



<>Tiba-tiba dapat mesej dari sepupu yang baru balik dari bercuti. tak pasal-pasal dia terus serang aku dalam mesej tu..siap marah-marah kat aku. cian kat aku kena marah kat sepupu kesayangan aku ni. huhu... p/s : sabarla wahai sepupu ku yeah...walaupom aku bersubahat dengan kakakmu itu, aku tak ada niat pom sebenarnya..hihihi..tak tahu plak benda tue boleh menyebabkan hatimu terluka syg..apa-apa pum..saya minta maaf yeah...:):-)


<> Dua hari lepas, aku mimpi pasal "mr.N". dalam mimpi tu, dia call aku. wahh..bukan main lama kami berbual-bual dalam phone time tue, saling-saling bercerita tentang perkembangan terbaru and then aku pom tanya dia plak, macam mana dengan latihan kat kem, tiba-tiba "mr.N" tak jawab pom pertanyaan aku tapi sebaliknye dia nangis dalam phone tu.. aku pom tersedar dari mimpi.*terpikir apa kaitan mimpi tadi*..(@_@)


<> Keesokan harinya, abg kepada "mr.N" aku ckp yang "mr.N" ada call dia. aku terkejut la jugak dengar tapi wat2 tak terkejut pom. *pdhal aku menjerit dalam klinik bagitau kat kawan aku, nasib baik doktor dan pesakit tak ada time tu kalau tak nanya aku*.yang menyedihkan aku ialah nape "mr.N" tak call aku. huhu.tapi tak pe lar sebab abg dia cakap dia call pom sekejap jer. mungkin tue lar kaitan mimpi aku baru ini. abg "mr.N" cakap - dia tak berapa sihat- 'aku harap-harap dia sihat la lepas ni erk..:)


aku rasa ni jer perkara terbesar yang berlaku kat aku beberapa hari ni. ada banyak lagi, tapi dah letih aku menaip ni..nanti-nanti aku taip lagi yer. 


>bigbadgirlzyda.blogspot.com<




Sunday, January 30, 2011


" Love is a cycle . When you Love , You get Hurt , You hate . When you Hate , you Try to Forget . When you Try to Forget , You start Missing . And when You start Missing , Eventually You'll fall In Love again " 




counting to that day...


1, 2, 3, 4, 5, bilang-bilang sampai bila erk...huhu...ada lebih kurang 2 minggu lagi nak ke tarikh 9 feb...
nak tau apa istimewa tarikh nie...wahh...mmg istimewa lar sbb saya nak balik kampung.....
xsabar rasanye nak balik kampung...setelah lebih kurang 2 bulan aku merantau nie..hihi...sekarang ni musim cuti tahun baru cina, sume orang balik kampung..jelous je rasa tngok diaorang balik kampung...dalam hati ni terdetik nak balik jugakk...tp kije punya pasal x boleh la balik..huhuuhu...:(..
xpe la...'sabar yer zaidah'...hihihi...nanti ko berhenti terus kije ...hahaha...lepas tue balik kampung...
rindu pada mak, abah, adik, kakak and also my lovely house...hihihi...
rumahku syurgaku..

nanti balik umah nie nak habiskan masa aku dengan berharga..hahaha...kerana..time ni kakak aku dari india pom balik..kalau tak, setahun sekali baru boleh jumpa dan yang kedua nanti aku kena lapor diri di tempat kerja baru..entah bila lagi boleh bersama family tersayang...
" aku dan kakak dah rancang aktiviti kita org..minta2 boleh laksanakan..hihihi "
apa yang penting inilah masa berharga bersama family tersayang...:)

apa-apa pom....'heppy enjoy family day'..hahaha

sayang mama, sayang papa, sayang semua...
sayang abg syg jgk..hahahaha.. 






Sunday, January 23, 2011

mISsiNg U

you promised me for a lifetime
but you were there and i am here
we are far a distance
but you are always close to my heart
it's good that we are far away
because we learn to
LOVE , RESPECT , and TRUST



when i start feeling sad
because i miss you
i remind myself how lucky i am
to have someone so special to miss
I LOVE YOU
i'm still here 
waiting for YOU








Saturday, January 22, 2011

5 DaYs WitHouT Him

dah 5 hari berlalu.....
wah...hari-hari yg ku lalui dengan lebih tabah dan semangat...
walaupum ketiadaan dia di sisi...



rindu nyee kat abg...huhu..(T_T)
malam-malam mesti sedih...
tp xpe la..aku kena kuatkan semangat...
lebih kurang 5 bulan lagi kena tempuhi...huhu..
lama tuee....



p/s : kita tetap pandang bulan dan bintang yg sama yah...:)


Wednesday, January 19, 2011

TerCipTanYA sEoRAnG hAwA KePaDA aDaM...

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah) 


07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21) 



13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)